- Ketahuilah sesusah-susah Anda, ada orang jauh lebih susah daripada Anda.
- Sesenang-senang Anda, ada orang yang lebih senang daripada Anda.
- Maka janganlah mudah meninggi diri, merasa bangga mahupun bersikap riak.
- Elak merasa diri Anda lebih hebat, lebih baik, lebih bagus dari orang lain.
- Racun kepada ibadah adalah sikap riak.
- Penggagal kepada sebuah kejayaan adalah perangai merasa diri lebih hebat.
- Anda sebagai manusia, pasti akan ada kekurangan dalam apa jua kelebihan.
- Seseorang manusia pasti memerlukan manusia lain sebagai pelengkap kepada kekurangannya.
- Tidak ada daripada kita yang sempurna, iaitu sempurna dari segala segi.
- Ada kekurangan, ada kelebihan.
- Sikap terbaik adalah bersederhana. Dalam berusaha pada tahap ekstreme untuk mengejar kejayaan, Anda diam-diamkan pencapaian.
- Orang yang suka menunjuk-nunjuk serta berlebih-lebihan adalah orang yang kurang ilmu.
- Orang yang suka bersederhana, itulah orang berilmu.
- Penggagal kepada kejayaan adalah sikap merasa bangga, terlalu bangga dengan pencapaian hebat sehingga Anda lupa bersyukur. Anda lupa menghargai orang sekeliling, lupa menghargai pemberian Tuhan kepada Anda.
- Bak kata pepatah, apabila sudah berada di atas, lihat-lihatlah ke bawah. Supaya Anda tidak menjadi kacang lupakan kulit.
Monday, 17 October 2011
Penggagal Kepada Kejayaan
Tuesday, 11 October 2011
Peperiksaan : Cemerlang Atau Gagal....
Assalamualaikum & Salam Sejahtera....
Peperiksaan akhir tahun sudah semakin hampir, adakah murid-murid sudah bersedia? Jika anda katakan anda dah bersedia mungkin anda dah betul-betul bersedia atau sebenarnya anda belum cukup mengetahui apakah yang anda sediakan itu?
Bagaimana untuk cemerlang dalam pelajaran? Soalan yang biasa ditanya apabila peperiksaan semakin hampir. Mungkin sedikit tips mengulangkaji pelajaran yang disediakan dibawah dapat membantu:
1. Jangan ponteng kelas ketika hampir peperiksaan, hal ini kerana guru merupakan individu yang berpengalaman dan berilmu pengetahuan dalam bidangnya. Jadi, sekiranya hampir peperiksaan kebiasaannya guru akan menggunakan segala teknik yang ada untuk membiasakan latihan berfokus dan memberitahu soalan yang akan dijangka akan keluar.
2. Cuba semak dan membuat latihan soalan tahun lalu, soalan peperiksaan kebiasaanya berkisarkan soalan tahun lepas. Kebiasaanya ia akan mengalami sedikit perubahan dan kadangkala ia diputarkan sahaja. Selain itu, soalan lepas juga mendidik kita meneroka apa lagi yang perlu kita ulangkaji dan patut kita tahu.
3. Tumpu dan kenalpasti topik utama, kalau rasa risau, jangan ditenung kulit buku sampai berjam-jam. Buka buku tu dan kenalpasti topic utama yang perlu dipelajari. Kadangkala buku kita itu mempunyai topik yang tak penting yang digunakan untuk menerangkan dan mengukuhkan kefahaman topik penting. Jadi, cuba bertanya guru topik yang penting yang perlu dipelajari dan dikukuhkan.
4. Buat jadual ulangkaji, opsss, sepatutnya inilah yang pertama, membuat jadual ulangkaji adalah paling pertama sebelum membuat ulangkaji yang bersistematik. Hal ini kerana masa amatlah penting, sekiranya jadual tidak dibuat maka disiplin kesemua matapelajaran akan terganggu malahan membuatkan anda kerugian.
5. Rujuk cikgu jika mengalami masalah, Hampir dengan peperiksaan biasa akan mengalami masalah sendiri tak kira masalah peribadi ataupun masalah pelajaran. Pastikan anda merujuk guru yang sesuai supaya maklumat yang anda dapat itu berkesan untuk diri anda. Jika hendak berjumpa dengan guru baik jika diwaktu pagi serta ketika guru tersebut Nampak tidak sibuk. Jika tidak mungkin jawapan yang diberikan agak kurang memuaskan dan singkat
Sunday, 9 October 2011
Sebab Apa Pelajar Sekolah Tidak Suka Membaca Buku?
Sebab apa ramai pelajar sekolah tidak suka membaca buku? Sebab apa mereka kurang minat mahu belajar? Mungkin, mereka tidak ada matlamat. Jika Anda salah seorang daripada pelajar sebegini, inilah saat yang paling ngam untuk Anda teliti hati Anda. Ilmu yang kita pelajari di dalam kelas akan masuk ke fikiran.
Hati yang bersih akan membuat kita senang memahami apa yang di ajar oleh guru. Hati yang kurang bersih membuat fikiran kita bercelaru. Hati ‘kotor’ akan membuat kita tidak tahu apa matlamat kita sebagai seorang pelajar.
Kita akan malas belajar, malas mahu membaca buku, terasa berat nak mengulangkaji. Masuk ke kelas pun malas-malas saja. Kesan paling ketara, kita tidak akan minat untuk belajar. Bangun pagi pergi ke sekolah hanya semata-mata untuk memenuhi tanggungjawab menjadi seorang pelajar sekolah sahaja.
Untuk memupuk minat pada pelajaran, terlebih dahulu berlatihlah selalu membersihkan hati. Rajin-rajinkan lidah beristighfar, rasakan bahawa kita sudah banyak membuat kesalahan di masa lalu kemudian kita betul-betul minta ampun. Selain meminta ampun daripada Allah swt, minta ampun daripada ibu dan bapa kita.
Kegembiraan mereka merestui usaha kita, pembuka jalan kejayaan buat pembelajaran kita.
Artikel ini dipetik dari laman web motivasi.net
Saturday, 8 October 2011
Peta Minda Mantapkan Ingatan
PETA minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semula maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Ia boleh membantu untuk meningkatkan kecerdasan dan kemahiran untuk mengukuhkan daya ingatan serta pemahaman.
Peta minda merangsang pelbagai keupayaan yang ada dalam diri. Misalnya, anda perlu memikirkan mengenai maklumat yang diperlukan dan membuat pemilihan mengikut keinginan diri. Secara langsung, anda berhubung secara aktif dengan maklumat yang ada dalam ingatan atau dalam perkataan lain, anda sebenarnya sedang berbicara dengan daya ingatan sendiri.
Peta minda juga boleh merangsang beberapa anggota anda yang mempunyai peranan tersendiri seperti berfikir, memerhati, memilih, melukis dan menentukan anda memahami apa yang anda inginkan. Tangan anda ikut serta dalam kerja-kerja tersebut. Ia dapat memahirkan diri dengan disiplin yang penting dalam pembelajaran.
Menggunakan peta minda bermakna anda harus menggunakan kemahiran menyusun maklumat yang betul dan tepat dan mudah difahami. Peta minda juga membolehkan anda membuat perkaitan dengan lebih mudah dan cepat. Apa yang anda ingat akan dapat diperkukuh melalui gambaran dan tulisan yang anda lakukan.
Kemudian anda mengaitkan pula dengan beberapa isi kecil yang lain. Ini lama kelamaan akan membentuk idea keseluruhan mengenai apa yang anda inginkan daripada daya ingatan anda. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan peta minda akan menambahkan keseimbangan otak kiri dan otak kanan.
Apa yang menarik mengenai peta minda ialah ia merangkumkan semua aspek bahasa, analitis, reka bentuk, matematik, deria dan sebagainya dalam usaha keseluruhannya. Kelebihan lain yang terdapat pada peta minda ialah ia mudah digunakan serta sesuai untuk semua tujuan.
Peta minda amat sesuai untuk tujuan menelaah pelajaran, mengambil nota yang diajar oleh guru, membaca buku, persediaan sebelum berbahas, untuk bermesyuarat, malah untuk persediaan membeli-belah. Anda tidak perlu menuliskan semuanya pada sekeping atau lebih kertas.
Anda tidak akan sukar untuk memikirkan secara mendalam kerana ingatan anda dibantu oleh hasil lukisan dan tulisan mata dan tangan anda. Peta minda boleh disediakan dengan mudah. Pada buku tulis atau sekeping kertas, tulis topik utama yang menjadi perhatian anda. Topik tersebut, misalnya pembelajaran, eloklah dituliskan di bahagian tengah.
Dari sini, pelbagai perkara lain yang berkaitan dengan topik pembelajaran akan dihasilkan dalam bentuk cabang atau cawangan daripada pembelajaran tadi. Daripada cabang-cabang tadi, anda boleh menghasilkan pelbagai fakta isi kecil yang lain bentuk ranting. Di samping itu, anda boleh juga menggunakan pelbagai imej lain yang boleh mencorakkan peta minda dengan lebih menarik.
Dari sini, pelbagai perkara lain yang berkaitan dengan topik pembelajaran akan dihasilkan dalam bentuk cabang atau cawangan daripada pembelajaran tadi. Daripada cabang-cabang tadi, anda boleh menghasilkan pelbagai fakta isi kecil yang lain bentuk ranting. Di samping itu, anda boleh juga menggunakan pelbagai imej lain yang boleh mencorakkan peta minda dengan lebih menarik.
Sunday, 2 October 2011
Seorang Yang Berjaya, Seorang Yang Gagal
Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi
Seorang yang berjaya sentiasa berkata “biar saya buat kerja ini untuk awak”
Seorang yang gagal sentiasa berkata “ini bukan kerja aku”
Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan
Seorang yang berjaya berkata “perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan”
Seorang yang gagal berkata “perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah”
Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata “aku dah silap”
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata “ini bukan silap aku”
Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen
Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji
Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita
Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha
Seorang yang berjaya berkata "Aku mesti lakukan sesuatu"
Seorang yang gagal berkata "Sesuatu mesti dilakukan"
Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang
Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi
Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi
Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya
Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan
Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi
Seorang yang berjaya sentiasa berkata “biar saya buat kerja ini untuk awak”
Seorang yang gagal sentiasa berkata “ini bukan kerja aku”
Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan
Seorang yang berjaya berkata “perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan”
Seorang yang gagal berkata “perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah”
Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata “aku dah silap”
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata “ini bukan silap aku”
Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen
Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji
Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita
Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha
Seorang yang berjaya berkata "Aku mesti lakukan sesuatu"
Seorang yang gagal berkata "Sesuatu mesti dilakukan"
Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang
Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi
Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi
Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya
Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan
Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan
Sumber:
Sunday, 25 September 2011
Hubungan Makanan Dan Keupayaan Otak
Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Artikel/Info ini disalin dari laman web http://aspirasidiri.blogspot.com. Cikgu pasti artikel ini dapat membantu kita dalam kehidupan seharian terutamanya bagi seorang pelajar.
Pemakanan
Makanan dan minuman adalah faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan otak. Diantara petua menjaga minda dalam makan minum ialah :
Makanan dan minuman adalah faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan otak. Diantara petua menjaga minda dalam makan minum ialah :
- Sering makan makanan atau buah-buahan yang masam, yang tinggi kandungan asidnya seperti epal hijau (tuffah) secara berlebihan boleh menyebabkan lupa menurut Imam az-Zuhri.
- Memakan bawang besar, terutama yang mentah secara berlebihan juga boleh menyebabkan lupa.
- Ketagihan candu, dadah, rokok tembakau akan merosakkan otak.
- Makan terlalu kenyang menyebabkan malas dan menggelapkan akal (malas berfikir)
- Sering makan organ dalaman binatang seperti hati, perut, jantung, limpa dan lain-lain secara berlebihhan akan menyebabkan otak mudah lupa.
- Memakan sisa haiwan perosak sepertio lalat, semut, lipas dan tikus juga boleh menyebabkan lupa menurut Imam az-Zuhri.
- Kerap memakan makan yang dijual di pasar yang sibuk dan kotor juga boleh mempengaruhi perkembangan otak
- Rasulullah saw tidak menggalakkan makan dan minum di luar dan menggalakkan Umat Islam memasak makanan sendiri, ini manjamin kehalalannya dan kesuciannya. sabda Nabi yang bermaksud : Kebiasaan (amalan) makan dan minum di pasar adalah suatu yang merendahkan martabat.
- Banyak memakan makanan ringan yang tinggi kandungan bahan perasa (MSG) Monosodium Gultamate dan bahan pengawit kerana tidak baik untuk otak.
- Minum bergas tidak baik untuk kesihatan
- Sering makan kepala ikan boleh menyebabkan lupa kerana kepala ikan terutama bahagian otak dan pipinya (insang) mengandungi kadar asid yang tinggi.
- Memakan makanan sisa orang lain dan sisa binatang tidak baik untuk otak.
- Memakan makanan basi atau hampir basi tidak baik untuk kesihatan.
- Memakan makanan yang haram akan membutakan hati dari kebenaran
Tuesday, 20 September 2011
Apakah Manusia
Diberi Amanat -------> Ia Khianat
Diberi Rahsia -------> Ia Bocorkan
Berjanji -------> Ia Mungkir
Diberi Kuasa -------> Di salahguna
Diberi Pangkat -------> Ia Menindas
Bermesyuarat -------> Mengumpat
Bila Bercakap -------> Berbohong
Bila Menulis -------> Berdusta
Bila Berhutang -------> Lari Tak Bayar
Di beri Harta -------> Digelapkan
Terima Gaji -------> Tak Bersyukur
Bila Kaya -------> Sombong
Diberi Peluang -------> Ia Lepaskan
Bila Bergurau -------> Mencarut
Subscribe to:
Posts (Atom)







