Mutiara Kata

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.


"The Secret of getting ahead is getting started". - Mark Twain


Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai


"Jagalah Dirimu Baik-Baik, Usahakanlah Kemuliaannya, Kerana Engkau Dipandang Manusia Bukan Kerana Rupa Tetapi Kerana Kesempurnaan Budi Dan Adab."

Sebaik-Baik Kaya Ialah Kaya Hati, Sebaik-Baik Bekal Ialah Takwa, Seburuk-Buruk Buta Ialah Buta Hati Dan Sebesar-Besar Dosa Ialah Berdusta

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman