Saturday 27 August 2011


KAMI DARI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING DENGAN RENDAH HATI INGIN MEMOHON KEMAAFAN KEPADA SEMUA WARGA SK PUTRAJAYA PRESINT 14(1) JIKA ADA SALAH DAN SILAP, AMPUN MAAF DIPINTA. SEMOGA SYAWAL KITA DIPENUHI RAHMAT DARIPADANYA....

Thursday 25 August 2011

Tulisan Kemas "Tawan Hati" Pemeriksa

SALAH satu aspek yang penting ketika menjawab peperiksaan ialah kekemasan penulisan. Walaupun kekemasan penulisan tidak dimasukkan sebagai markah - atau diberi markah bonus sekiranya tulisan kita cantik berbunga-bunga - tetapi tulisan yang mudah dibaca akan menggembirakan hati pemeriksa kertas jawapan.

Sebenarnya kita tidak perlu tergesa-gesa menjawab sesuatu soalan sehingga akhirnya tulisan kita sukar dibaca. Sekiranya kita menjawab soalan subjektif pada kertas dua atau tiga, maka kebolehbacaan tulisan kita turut menjadi pertaruhan kepada pertimbangan pemeriksa kertas.

Bagi soalan-soalan yang berbentuk nyatakan, labelkan, tandakan atau senaraikan, maka kita sebenarnya tidak perlu menulis ayat-ayat yang berjela-jela. Memadai tuliskan fakta dalam dua atau tiga patah kata. Jangan mencuba-cuba meraih simpati pemeriksa dengan memberikan dua atau lebih pilihan jawapan dengan harapan pemeriksa akan memilih yang mana satu betul.

Pada kebiasaannya, pemeriksa akan memangkah salah pada jawapan yang tertera dua pilihan, walaupun yang satu mungkin betul, dan yang satu lagi salah. Sebagai contoh, diberikan soalan berikut :
Apakah gas yang dibebaskan semasa proses fotosintesis?
Pelajar menjawab - oksigen/karbon dioksida.
Maka pemeriksa akan mengira jawapan itu salah.
Jadi, tulis hanya jawapan yang tepat.

Jika anda ditanya soalan seperti huraikan atau terangkan, maka barulah jawapan anda agak panjang, sertakan sekali contoh-contoh yang perlu. Calon biasanya akan berasa jawapan mereka tidak memadai dan cuba menulis sebanyak mungkin untuk memuaskan hati. Inilah menjadi punca tulisan tidak kemas kerana hendak mengejar masa. Penggubal soalan tidak pernah cuba menyusahkan anda dengan menjawab sehingga empat atau lima helai kertas.

Ada juga pelajar yang asyik meminta kertas tulis tambahan. Ini cukup menghairankan! Kalau boleh, elakkan tulisan bersambung. Jangan pula cuba menulis meraih simpati penulis kertas dengan menulis kata-kata tertentu seperti :

“Tolonglah saya”
“Berilah saya markah tinggi”
         “Kita sama-sama Melayu'' atau sebagainya.

Ada juga pelajar yang melukis pelbagai simbol untuk menarik perhatian cikgu, melepaskan geram, untuk menunjuk-nunjuk atau sebagainya. Kesemua ini akan menyebabkan pemeriksa berasa tawar hati untuk menyemak kertas anda.

 

AKUJANJI UPSR 2011

Tuesday 23 August 2011

Doa

Resepi Kejayaan

Bahan-Bahannya:
               
v  100 G Otak Yang Pintar  
v  1 Kg Usaha
v  ½ Kg Hati Bersih
v  500 G Tumpuan
v  Doa Secukup Rasa
v  5 Sudu Besar Sabar
v  Seulas Senyuman
v  2 Mangkuk Restu Ibu Bapa
v  Secubit Ketaatan
v  2 Camca Jiwa Yang Tenteram
v  Sebotol Tawakal

Cara-Caranya :

Masukkan 100 G Otak Yang Segar Ke Dalam Mangkuk. Tambahkan 1 Kg Usaha. Gaulkan Hingga Sebati. Campurkan ½ Kg Hati Yang Bersih Dengan 500 G Tumpuan. Doa Secukup Rasa Dan Di Ikuti Dengan 5 Sudu Sabar. Goreng Hingga Berbau. Masukkan Sebotol Tawakal Dan 2 Camca Jiwa Yang Tenteram. Jangan Lupa Masukkan 2 Mangkuk Restu Ibu Bapa Dengan Secubit Ketaatan. Hiaskan Hidangan Dengan Kejayaan Yang Cemerlang

Monday 22 August 2011

Pada-Mu Ku Bersujud....

Bilakah Malam Lailatul Qadar....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana kita telah menghampiri akhir Ramadhan  serta rasa syukur yang tidak terhingga atas peluang yang Allah berikan, menjadikan kita lebih rindu untuk mendekati-Nya setiap detik waktu yang berlalu. Cikgu pasti ramai di antara kita yang menantikan malam Lailatul Qadar dan disini cikgu sertakan artikel untuk di kongsi bersama-sama...
Lailatul Qadar adalah satu malam yang amat istimewa. Pada malam tersebut Allah s.w.t. telah menurunkan al-Qur'an dan para malaikat membawa ketetapan Qadha' dan Qadar untuk setahun berikutnya. Selain itu malam tersebut adalah lebih baik dari 1000 bulan yang lain.
Bilakah Lailatul Qadar? Lailatul Qadar jatuh pada salah satu malam yang ganjil pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. menerangkan: "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan." [Shahih al-Bukhari, hadis no: 2017]
Ada pandangan yang berkata Lailatul Qadar jatuh pada malam 27 bulan Ramadhan. Pandangan ini sebenarnya kurang tepat kerana tidak berasal dari al-Qur'an atau al-Sunnah yang sahih. Beberapa sahabat Rasulullah ada mengatakan mereka menemui Lailatul Qadar pada malam 27, akan tetapi ia hanya berlaku pada tahun tersebut. Pada tahun-tahun yang lain, ia jatuh pada malam yang lain. Ini kerana malam Lailatul Qadar sentiasa berubah-ubah dari tahun ke tahun. Yang diketahui adalah ia akan jatuh pada salah satu malam yang ganjil pada sepuluh malam yang terakhir. Kenapakah Allah dan Rasul-Nya tidak menetapkan satu tarikh yang pasti?

Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan hikmahnya: "Milik Allah-lah hikmah kebesaran yang ada di sebalik rahsia-rahsia-Nya. Sekiranya kita mendapat keyakinan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam tertentu sahaja, tentu semangat kita mengendur di sepanjang Ramadhan dan merasa cukup dengan menghidupkan malam yang ditentukan itu sahaja.
Kerahsiaannya merupakan pendorong untuk melakukan amal pada bulan itu seluruhnya dan melipat gandakan amal tersebut pada sepuluh malam terakhir. Ini mengandungi kebaikan yang sangat banyak bagi individu mahupun jamaah. Hal ini sebagaimana Allah s.w.t. merahsiakan saat yang doa menjadi mustajab pada hari Jumaat agar kita sentiasa berdoa kepada-Nya sepanjang hari Jumaat. Allah juga merahsiakan Nama-Nya yang paling agung yang apabila digunakan pasti akan dikabulkan-Nya, agar kita berdoa dengan menggunakan nama-Nama baik-Nya (al-Asma al-Husna) secara keseluruhan." [Fiqh al-Siyam, ms. 176-177]
Beberapa alamat Lailatul Qadar di dalam beberapa hadis yang sahih ada diterangkan alamat atau tanda bagi mengenal Lailatul Qadar. Pada malam tersebut suasana adalah nyaman, tidak panas dan tidak sejuk. [Shahih al-Jami' al-Shagheir, hadis no: 5475]
Kemudian pada pagi hari selepas Lailatul Qadar, matahari terbit dengan sinaran yang tidak menyilau atau tidak terik. [Shahih Muslim, hadis no: 762]

Sunday 21 August 2011

7 TIPS PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Assalamulaikum wbt kepada semua anak-anak murid yg bakal menduduki UPSR...... 
Kira-kira beberapa minggu lagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan di adakan. Cikgu percaya disaat ini pelajar-pelajar bertukus lumus mengulangkaji pelajaran dan membuat persediaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.
Kita sedia maklum hari lebaran tahun ini jatuh bersamaan dengan cuti penggal persekolahan. Apapun gunakan masa cuti ini sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran supaya masa tidak dibazirkan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Dengan demikian, di sini cikgu ingin berkongsi dengan pelajar-pelajar sekalian terdapat beberapa tip sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. Tip ini di ambil dari akbar berita harian untuk pekongsian kita bersama. Antaranya ialah :
1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.
Anda sekalian telah bersedia????  Jika masih belum bersedia datanglah jumpa cikgu di Bilik Unit Bimbingan & kaunseling.......

Cemerlang Dalam Peperiksaan

Setiap pelajar inginkan apa yang dipelajari itu akan mendatangkan kesan. Belajar secara berkesan bukanlah dikira jumlah jam belajar atau berapa banyak perkara yang dapat dihafal. Belajar secara berkesan perlulah mengandungi 3 komponen ini:-

1. Mengulangkaji : Kebiasaannya apabila menyebut perkataan ulangkaji ramai pelajar menganggapkan tindakan yang perlu dilakukan hanyalah terhad pada pembacaan sahaja.

Tindakan mengulangkaji sebenarnya dapat dilakukan dengan beberapa cara termasuk menyemak semula apa yang telah dipelajari, memahami konsep, menghafal formula atau istilah yang penting, menganalisis isi-isi penting atau mengenal pasti kelemahan dan kekeliruan yang dihadapi serta mencatat semula isi-isi tersebut dalam bentuk nota ringkas, peta minda, peta konsep atau pengurusan grafik.

2. Membuat rujukan : Membuat rujukan bahan tambahan, bertanya dengan guru atau berbincang dengan rakan adalah amat penting dalam proses mengulangkaji. Rujukan boleh dilakukan melalui bahan cetak seperti buku rujukan, akhbar dan majalah.

Pendidikan Utusan adalah merupakan satu contoh yang baik sebagai bahan untuk pelajar-pelajar membuat rujukan. Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web seperti Portal Pendidikan Utusan (www.tutor.com.my) yang secara khusus memberi maklumat tentang mata pelajaran utama peperiksaan awam.

3. Membuat latihan : Latihan boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi, kuiz, soal jawab atau menganalisis soalan-soalan tahun lalu serta merangka jawapannya.

Ketiga-tiga komponen di atas perlulah diintegrasikan agar proses belajar dapat dialami secara lebih berkesan tanpa berasa bosan, tertekan atau mengantuk
Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu" (Hadis Sahih Riwayat Muslim)

Saturday 20 August 2011

Ciri-ciri pelajar cemerlang


    • taat kepada Allah.
    • mendirikan sembahyang.
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka.
    • hormati & sayangi guru.
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari.
    • membantu rakan yang memerlukan.
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah.
    • sentiasa bertawakal.
    • mahir dalam setiap mata pelajaran.

Mawi & Akhil Hayy - HambaMu (OST Imam Muda)

Thursday 18 August 2011

Perjalanan Waktu....

Ramadhan kian hampir melabuhkan tirainya kemudian muncul anak bulan syawal menandakan hari kemenangan buat umat islam kerana berjaya melawan hawa nafsu ... NAMUN  bg anak-anak yg bakal menduduki peperiksaan UPSR 2011 harapan menggunung tinggi daripada warga pendidik agar kalian terus berusaha hingga ke saat yg terakhir. Semoga kejayaan sentiasa menjadi milik kalian... Amin Ya Rabb..


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Blog ini di cipta dengan tujuan untuk mengembangkan pengetahuan dan menyebarkan maklumat perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling  kepada semua murid SKPP 14 (1) khususnya. Demi menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia, usaha yang berterusan perlu dirangka untuk memastikan pembinaan blog sebagai media maklumat tanpa sempadan dapat dilaksanakan di sekolah.
Diharapkan dengan adanya blog ini dapat mewujudkan interaksi sosial di kalangan Guru Bimbingan & Kaunseling dengan murid-murid di samping menjadi rujukan para pelajar dalam kehidupan seharian mereka.

Wednesday 17 August 2011

Ke Arah Tronsformasi

"1 Sekolah 1 Blog Ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling"

:: Our 1st Step ::

Perjalanan Beribu Batu Bermula Dengan Langkah PERTAMA...