Wednesday 28 December 2011

TURN ON YOUR MODE



Sesi persekolahan tahun 2012 akan bermula pada 4 Januari 2012. Bagaimana persediaan murid-murid semua? Apakah azam anda? 




Mulakan hari persekolahan anda dengan penuh kegembiraan....



Kerana cuti sekolah telahpun berakhir. Datang ke sekolah dengan semangat, matlamat dan azam baru.....

SK PUTRAJAYA PRESINT 14(1) 
UNGGUL 2012







Thursday 24 November 2011

Wahai Pelajar, Hayatilah Kata-Kata Imam Syafie...

Imam al-Syafie tokoh ilmuan yang terkenal dengan ketekunan dalam menuntut ilmu, penegak sunnah, penegak kebenaran dan imam besar dalam bidang fekah. Beliau banyak meninggalkan kata-kata nasihat yang boleh dijadikan panduan kepada para pelajar. Antaranya ialah :

1. Imam al-Syafie  pernah bersyair:

Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya hafalan
Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat
Dan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya
Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat’

2.Beliau Berkata :

 Barangsiapa ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harus meninggalkan pembicaraan yang tidak bermanfaat, meninggalkan dosa-dosa, menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang dikerjakan antara dia dan Allah. Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka Allah akan membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang lainnya. Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara yang menyibukkan.”

Dua ungkapan di atas merupakan azimat yang berharga yang mesti ambil perhatian oleh penuntut ilmu agar mendapat manfaat  dengan ilmu yang dipelajari.

Antara pengajaran yang boleh diambil daripada nasihat Imam al-Syafie ialah :

1. Menghindari maksiat kerana maksiat merupakan hijab atau penghalang untuk mendapat ilmu. Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat menyimpan ilmu yang bermanfaat.

2. Meninggalkan percakapan atau aktiviti-aktiviti yang sia-sia. Sesungguhnya masa itu amat berharga bagi seorang pelajar.

3. Melakukan amalan-alaman sunat secara tersembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapapun. Ini antara cara untuk  ikhlas dalam beramal soleh.

4. Orang yang mendapat bimbingan Allah sentiasa menghabiskan masanya dengan ilmu dan amalan yang berfaedah untuk dunia atau akhiratnya.

5. Orang yang berilmu juga hendaklah selalu mengingati mati kerana mati itu akan menyibukkan seseorang itu dengan perkara yang bermanfaat untuk kehidupannya selepas mati.

Kesilapan besar pelajar masa kini ialah melibatkan diri dengan perkara sia-sia malah dengan perkara yang diharamkan menyebabkan hati menjadi kotor dan hilang fokus. Ramai pelajar yang akan menghadapi peperiksaan penting masih lagi sempat ‘bercouple’ dan ini adalah satu dosa yang hanya akan mengganggu focus terhadap pelajaran. 

Terdapat juga pelajar yang terlalu obsess dengan artis sama ada artis tempatan atau luar Negara dengan memujanya secara melampau. Ini juga adalah dosa kerana perintah Allah ialah menjaga pandangan daripada  melihat yang haram. Sebenarnya banyak lagi perkara melalaikan yang menjadi penghalang seseorang pelajar mencapai kecemerlangan.

Hati manusia dijadikan dalam keadaan tidak dapat memberi perhatian kepada dua perkara dalam satu masa. Bila seseorang pelajar terlibat dengan perkara lain dengan sendirinya pelajaran akan terabai. Lebih-lebih lagi bila melakukan perkara haram kerana dosa-dosa merupakan penghalang ilmu sebagaimana nasihat Imam al-Syafie.

Oleh yang demikian para pelajar dinasihatkan agar menghindari perkara-perkara yang boleh menghalang memperolehi kecemerlangan dalam akademik. Semoga Allah sentiasa membimbing kita  ke jalan yang diredaiNya.

Artikel/Info ini disalin dari laman web http://pbasmkps.blogspot.com/2010/06/wahai-pelajar-hayatilah-nasihat-imam-al.html

Thursday 17 November 2011


Selamat Bercuti Kepada Semua Warga SKPP 14(1). Manfaatkan MASA anda dengan berfaedah.

Tuesday 15 November 2011

Tips Belajar Sewaktu Cuti Sekolah


Cuti sekolah tiba lagi!!

Cikgu pasti murid-murid merupakan orang pertama yang bersorak riang kerana mereka akan bercuti panjang selama sebulan.

Justeru itu,cikgu ingin kongsikan bersama anda semua beberapa tip belajar semasa cuti sekolah agar anda tidak menghabiskan masa cuti dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah dan bermanfaat.

Tips ini sangat berguna kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting pada tahun hadapan seperti UPSR sebagai persediaan awal sebelum masuknya sesi baru persekolahan.

Terdapat beberapa tip yang boleh anda amalkan semasa cuti sekolah ini. Antaranya ialah :

1. Siapkan Semua Kerja Sekolah Yang Diberikan Oleh Guru
Sebelum murid-murid semua bercuti, guru-guru telah memberi kerja sekolah untuk disiapkan pada waktu cuti ini. Oleh itu, jangan tangguh lagi!!! Jika tidak mampu menyiapkannya sekali gus dalam masa yang singkat, buatlah kerja itu sedikit demi sedikit sepanjang minggu pertama cuti sekolah. Anda semua boleh membuat jadual waktu belajar agar anda semua dapat membahagikan masa dengan baik.

2. Membuat Ulangkaji Secara Berterusan
Murid-murid boleh membuat ulangkaji dalam jangka masa yang singkat, tetapi kerap dan berterusan. Contohnya pada musim cuti ini anda buat latihan Matematik selama 30 minit dan ulangkaji atau buat latihan Sains selama satu jam setiap pagi.

3. Menyemak Nota
Jangan lupa untuk menyemak nota-nota anda setiap hari. Jika terdapat nota yang tidak lengkap, anda harus kemaskini dengan segera. Anda juga boleh merujuk kepada nota-nota kawan yang telah lengkap atau merujuk kepada buku rujukan. Apabila nota anda sudah lengkap, ini memudahkan anda untuk mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan pada tahun hadapan.

4. Menjawab Soalan Berformat UPSR
Gunakan kesempatan pada musim cuti ini dengan membiasakan diri anda dengan menjawab soalan-soalan yang berformat UPSR. Banyakkan menjawab set soalan berformat peperiksaan tersebut. Antara set soalan yang boleh anda jawab ialah koleksi soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.

5. Membaca Bahan Bacaan Tambahan
Anda boleh menggunakan masa terluang semasa cuti sekolah ini dengan membaca bahan-bahan bacaan tambahan yang berbentuk ilmiah. Antaranya ialah majalah, surat khabar, buku-buku berbentuk motivasi dan sebagainya.
Cikgu berharap agar semua murid menggunakan masa cuti sekolah ini sebaik mungkin. Jangan membazirkan masa anda dengan melepak, berkunjung ke cyber cafe dan sebagainya. Gunakan masa itu untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada diri anda. Semoga anda berjaya pada masa akan datang.

Sunday 13 November 2011

5 Tips Bagaimana Untuk rasa Gembira Sekarang Ini

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Pasti ramai yang tidak sabar menantikan cuti sekolah yang akan tiba pada hujung minggu ini. Cuti sekolah merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh semua murid. Cikgu tertarik dengan artikel ini yang dipetik daripada www.imotivasi.net.my yang berkaitan dengan Rasa Gembira. Cikgu pasti sekarang ini merupakan waktu yang menggembirakan bagi semua murid kerana telah mendapat keputusan peperiksaan akhir tahun & akan bercuti tidak lama lagi. Selamat membaca!

Rasa gembira (happiness) adalah satu ‘feeling’.

Rasa gembira adalah satu perasaan. Perasaan ini boleh dihadirkan, dipadamkan atau ditukarkan dengan perasaan lain, mungkin juga perasaan yang berlawanan dengannya. Seperti yang Anda tahu, lawan pada rasa gembira adalah duka, kecewa. Lawan paling mudah simply adalah rasa tidak gembira (unhappy).
Berikut adalah 5 tips bagaimana untuk merasa gembira (merasai kegembiraan di jiwa)

Tips 1: Cari seseorang, bantu dia ringankan bebannya.
Bantu seseorang di mana masalahnya lebih teruk dari Anda. Secara tidak semena-mena, Anda akan merasa bersyukur masalah Anda tidak seteruk masalah orang yang Anda bantu. Dari situ, muncul kegembiraan. Anda merasa makin bersemangat membantu orang itu, sebab Anda mahu melihat dia gembira kerana bila dia gembira, Anda pun akan rasa gembira sama.

Tips 2: Bantu saja, sekadar menolong tanpa mengharap apa-apa.
Dalam era sekarang ni, jika Anda membantu sesiapa saja tanpa mengharap apa-apa, pasti orang tu tertanya-tanya. Pasti dia merasa mesti ada niat lain disebalik pertolongan Anda itu. Untuk merasa gembira, tolong seseorang dengan melakukan apa yang patut. Tolong saja dia! Buat apa yang perlu, lakukan apa yang patut. Elak untuk kata pertolongan Anda tu ikhlas, katakan Anda cuma mahu menolong. Perkataan ‘ikhlas’ perlu Anda ubah, sebab perkataan ini selalh di salah erti.

Tips 3: Mengingati orang-orang kesayangan Anda.
Ingati orang-orang kesayangan Anda, gambarkan diri mereka sepanjang masa seolah-olah mereka ada dekat di sisi Anda sekarang ni. Imaginasikan saat ketika Anda bersama mereka satu ketika dulu atau di masa lalu. Membayangakan situasi gembira sebegitu pasti membuat Anda merasa gembira tiba-tiba. Kenapa ini terjadi? Minda Anda memberi respon pada imaginasi Anda, pastu imaginasi mempengaruhi mood Anda. Mood adalah emosi. Emosi datang dari minda. Anda boleh mempengaruhi simply dengan menggunakan imaginasi digabung dengan emosi tenang (calm).

Tips 4: Hobi.
Bina satu hobi. Hobi adalah perkara yang Anda suka lakukan tanpa disuruh-suruh. Pasti Anda ada hobi. Saat Anda tertekan, merasa geram, susah hati atau gundah-gulana, luangkan masa melakukan hobi Anda. Jika hobi Anda membaca, cari sebuah buku dan baca. Anda akan rasa gembira selepas tu! Hobi mengalihkan fokus fikiran Anda dari fikiran bercelaru kepada fikiran yang tenang saat Anda enjoy melakukan hobi Anda. Kenapa ramai orang suka memancing? Sebab ketika memancing, mereka merasa tenang. Bila ikan menjerat umpan, rasa seronok sangat. Lantas, rasa gembira itu muncul.

Tips 5: Hampirkan diri pada Tuhan,sehampir mungkin.
Walau apapun agama Anda, saya dan Anda makhluk bertuhan. Pembaca iMotivasi bukan saja beragama Islam, bahkan ada beragama Buddha,Kristian dan Hindu sebab kita ini warga Malaysia. Rasa gembira ada di dalam ketenangan. Ketenangan hanya wujud apabila kita menghampirkan diri pada alam semesta dan juga pada Tuhan. Dekatkan diri pada Tuhan, dari situ Anda akan merasai ketenangan. Apabila sudah tenang, Anda akan merasa gembira dan bersyukur. Syaratnya, elak berkata negatif, berfikir negatif dan jangan sesakkan fikiran dengan rasa kemarahan.

Tuesday 8 November 2011

Fakta Senyuman Dari Segi Kesihatan

  • Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
  • Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
  • Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  • Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  • Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
  • “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
  • Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  • Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
  • Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
  • Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
  • Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  • Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
  • Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
  • Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
 

10 Amalan Yang Boleh Merosakkan Otak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....
Artikel ini amat menarik untuk di kongsi bersama dan sesuai untuk semua tidak kira untuk golongan pelajar atau yang sudah bekerja....

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Artikel ini dipetik daripada http://trisannin.blogspot.com

Thursday 3 November 2011


 ‘Kata-Kata Hikmah’

1. Nilai setiap individu bergantung pada apa yang membuatnya jadi baik. 2. Berbicaralah dengan seseorang sesuai dengan kadar akal fikiran mereka dan jangan sampai mendustakan Allah dan rasulNya. 3. Berhati-hatilah dengan kuasa seorang dermawan jika dia sedang lapar dan berhati-hatilah dengan kuasa seseorang yang tidak tahu membalas budi ketika dia sedang kenyang. 4. Rahsia seseorang [...]

Kita perlu menerima kesalahan apabila ia berpunca dari diri sendiri. Semoga ia akan menjadikan kita lebih berhati-hati untuk membuat keputusan pada masa akan datang

Jangan terus leka apabila diberi kekayaan. Teruskan ketakwaan dan bersyukur kepada Allah Yang Maha Esa

Ilmu yang bermanfaat hanyalah ilmu yang membimbingmu kepada kebaikan. Adapun ilmu yang tidak bermanfaat hanya menyebabkan dirimu tidak takutkan Allah, hari akhirat dan tidak membuatkan dirimu mengharapkan rahmat dari Nya. Maka itu adalah ilmu yang sesat dan merosakkan.

Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda

pelajar cemerlang


35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10% apa yang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji:
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Wednesday 2 November 2011

Ayat-Ayat Motivasi

  1. If you want something you’ve never had, you must be willing to do something you’ve never done.-Thomas Jefferson
  2. Life is short. There is no time to leave important words unsaid.- Paulo Coelho
  3. The way to get started is to quit talking and begin doing.-Walt Disney
  4. In this life we cannot always do great things. But we can do small things with great love.- Mother Teresa
  5. Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.- Charles Cahier
  6. Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.- Marcus Aurelius
  7. Kegagalan adalah asas kemenangan.- Lao Tze
  8. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.- Samuel Johnson
  9. Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.- Albert Camus
  10. Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.- William J. Siegel
 Renung-renungkan sejenak.

17 Bahaya Lidah

17 bahaya lidah adalah:
  1. kita akan terdorong untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah.
  2. kita akan suka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata.
  3. adakalanya kita bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.
  4. lidah menjadi penyebab akan berlaku pertengkaran.
  5. satu perkataan dari lidah kita boleh menyebabkan permusuhan dari kata-kata pedas yang tidak disengajakan
  6. kita akan suka bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.
  7. mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
  8. gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).
  9. bernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.
  10. terlalu banyak bergurau dan bersenda.
  11. suka menghina orang lain.
  12. menyebarkan rahsia.
  13. berjanji lalu mendustai janji itu.
  14. akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.
  15. mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.
  16. menjadi talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.
  17. memuji yang melampau-lampau.
Anda sudah tahu 17 bahaya yang mungkin berlaku apabila kita tidak mengawal kata-kata dan tidak menjaga setiap satu perkataan yang kita selalu ucapkan. Salah satu sebab mengapa ramai orang ditimpa masalah adalah kerana dari lidah mereka.

Kerana lidah, badan binasa. Kesannya, hidup kita binasa dan kemurkaan Allah turun kepada kita kerana kita menyakiti orang lain melalui lidah.

Kerana lidah yang selalu memaki-maki, menyumpah seranah, mentertawakan seseorang dan mengumpat-umpat, ramai di antara kita di timpa dengan masalah yang tak berkesudahan.

Masalah itu menjadi balasan Allah atas perbuatan kita kerana kita tidak menjaga lidah. Kita mungkin pernah mengumpat, memaki atau memarahi seseorang dengan teruk sekali. Kita tak pernah fikir balasan atas kata-kata kita itu.

Jika hidup Anda selalu bermasalah, inilah masanya Anda check lidah Anda dan perangai Anda.

Artikel ini dipetik daripada imotivasi.net.

2 Perkara Anda Perlu Lakukan Bila Anda Marah Tiba-tiba


Bila Anda marah, Anda sebenarnya sedang meletakkan diri Anda di depan pintu gerbang sikap negatif. Marah adalah emosi negatif paling kuat. Sesiapa yang selalu marah maka dia adalah orang beremosi negatif. Sikapnya juga automatik jadi negatif. Emosi negatif lain adalah benci, dendam, sakit hati, cemburu.

Marah Sifatnya Api
Apa saja bersifat api akan memusnahkan. Memusnahkan persahabatan, memusnahkan motivasi, memusnahkan cinta antara suami isteri, memusnahkan cinta antara seorang hamba dengan TUHAN juga memusnahkan iman di dalam diri.

Bila Anda marah, berikut adalah dua perkara yang Anda perlu lakukan :

1. Be cool.
Jangan lawan marah. Makin di lawan, makin terasa mau marah. Tenangkan diri. Tenangkan emosi. Tarik nafas supaya Anda beroleh kekuatan untuk menenangkan diri. Hampirkan diri Anda dengan tempat yang sejuk, yang kurang orang dan kurang kebisingan.

2. Amalkan Maaf.Maafkan orang yang Anda marah dan jangan ingat lagi kesalahannya. Anggap tidak ada apa-apa berlaku. Anggap macam biasa (Nota: hal ini sangat mencabar. Ia memerlukan latihan berterusan! Ego mendorong Anda tidak mahu melupakan perkara yang membuat Anda marah. Hati-hati dengan diri sendiri).
Turunkan ego.
Bagaimana?
Jangan ungkit pasal siapa Anda, untuk untuk mendabik dada dengan jawatan Anda, duit Anda, gaji Anda, kedudukan Anda, pangkat Anda, anugerah-anugerah Anda, pujian-pujian yang diberi kepada Anda, tahap pendidikan Anda, paling penting sekali jangan ungkit kebaikan-kebaikan Anda.

Ingatlah dosa-dosa Anda. Anda bukan siapa-siapa, cuma hamba yang hina. Nafas Anda dan nyawa Anda milik Anda jadi tidak ada sebab untuk Anda riak.

Beristighfarlah. Mohon ampun kepada Allah. Istighfar dapat mencuci hati dan menghilangkan marah, seperti mana air biasa menghilangkan kepanasan api yang sedang membara

Ciri-Ciri Pelajar Yang Gagal


1. Mempunyai sifat “malas” yang menjadi musuh utama kejayaan.
2. Tidak bermotivasi.
3. Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan.
4. Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.
5. Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.
6. Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.
7. Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik. :-(
8. Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.
9. Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah.
10. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
11. Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah.
12. Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.
13. Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah.
14. Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan rakan-rakan di bandar-bandar, terlibat dengan kegiatan tidak bermoral
15. Menjadikan kemiskinan penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam pendidikan.
16. Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.
17. Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar. Tidak boleh berdikari.
18. Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.
19. Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.
20. Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan ilmu.
21. Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi untuk pelajaran. Pelajar seperti ini lebih sanggup menghabiskan wang mereka untuk membeli majalah-majalah hiburan atau komik kegemaran mereka.
22. Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.
23. Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran.
24. Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.
25. Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu menyalahkan diri sendiri.
26. Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.

Bagaimana Seorang Pelajar Mengatasi Penyakit Tidur Dan Malas



PENYAKIT mudah tidur dan malas merupakan halangan utama bagi seorang pelajar untuk membaca dan belajar. Pelajar yang berjaya selalunya mengurangkan waktu tidurnya,dia tidak mengalah kepada mengantuk dan malas.

Tips-tips yang boleh mengelakkan seseorang pelajar daripada tidur:

1: Apabila sesorang itu mengantuk dan berasa malas,jangan turutkan perasaan itu,sebaliknya ubahlah ketempat lain atau lakukan aktiviti lain atau mandi atau berborak dengan kawan seketika,selepas itu dia akan cergas semula.

Apabila kamu menuruti perasaan kamu untuk tidur maka ia akan menjadi kebiasaan kamu apabila kamu terasa untuk tidur kamu terus tidur. Ini akan merugikan kamu di dalam pembelajaran.
“ Barangsiapa menguasai nafsunya sekali dia akan mengusai dirinya selama-lamanya”

2: Fikirkan Kamu Adalah Harapan Umat Dan Agama
Apabila kamu terasa mengatuk dan malas,kamu cuba fikirkan kamu adalah harapan agama dan umat. Cuba bayangkan betapa ruginya agama dan umat apabila kamu tidur. Sebagai seorang pelajar kamu harus sedar bahawa ramai dikalangan umat Islam tidur waktu pertengahan malam atau tidur sampai kesubuh,kalau yang berjaga pun, dia tidak membaca buku.

Maka kalau kamu sebagai pelajar pun tidur, maka siapa yang mempertahankan agama dan umat ini,dalam masa yang sama agama dan umat akan lemah dan ketinggalan.

3: Membaca Buku-Buku Kisah Orang Berjaya
Di antara perkara-perkara yang membantu seseorang pelajar tidak mudah tidur dan malas ialah membaca buku-buku kisah orang yang berjaya. Pembacaan seperti ini penting untuk menanam minat dan semangat untuk mencapai kejayaan di dalam menuntut ilmu.

Apabila sesorang pelajar selalu membaca buku-buku kehidupan ulama,dia akan mendapati bahawa kejayaan di dalam menuntut ilmu tidak akan dicapai dengan berehat sebaliknya ia dicapai dengan kepenatan.
Berkata seorang ulama “ Tidak akan merasai nikmat ilmu mereka yang tida merasai kepenatan di dalam menuntut ilmu”.

Pelajar perlu bezakan di antara kejayaan di dalam peperiksaan dan kejayaan di dalam ilmu. Kejayaan di dalam peperiksaan mungkin kita boleh capai dengan sedikit usaha tetapi ilmu tidak mungkin dicapai melainkan dengan usaha sebab ilmu lautan yang perlu diredah. Dan kebiasaannya orang yang berenang dia merasai kepenatan.

4: Bergaul Dengan Orang-Orang Rajin
Di antara ubat yang paling mujararab seklai kita bergaul dengan orang rajin, tidak membuang masa kepada perkara –perkara yang sia-sia. Selalu menjaga waktunya. Menunaikan kewajipan sebagai pelajar. Tidak menangguhkan kerja yang boleh disiapkan hari ini kepada hari esok kerana sikap suka menangguh kepada hari esok itu adalah sikap orang-orang lemah.

Kata ulama, manusia seperti angin,kalau ia berada ditempat yang wangi,ia akan menjadi wangi,kalau ia berada ditempat yang busuk maka ia akan menjadi busuk. Begitulah manusia. Sebab itulah kata ulama “ Duduklah dengan seseorang,kamu akan jadi sebangsa dengannya”. Maka kita duduk dengan orang rajin insyallah kita akan jadi rajin.

5: Berdoa
Inilah senjata kita yang paling ampuh dengan kita selalu meminta doa kepada Allah Taalaagar dihindari penyakit malas dan mudah tidur bukan pada waktunya. Bacalah doa yang Nabi صلى الله عليه وسلم ajar
اللهم أني أعوذ بك من الهم والحزن، وأعوذ بك من العجز والكسل وأعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجال

Ulanglah doa ini berkali-kali agar kita menjadi muslim yang rajin dan cergas serta kuat. Orang mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah Taala daripada mukmin yang lemah.

Muda-mudahan tulisan ini memberi menfaat kepada saya dan pembaca. Amin

Artikel/Info ini disalin dari laman web http://fauwazfadzil.blogspot.com/2010/06/bagaimana-seorang-pelajar-mengatasi.html.

Monday 17 October 2011

7 Sebab Kenapa Orang BENCI Membaca Buku

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....

7 sebab kenapa orang tak suka membaca buku:
  1. Dia anggap membaca ni samalah dengan belajar. Belajar cukup le setakat kat sekolah aje.
  2. Asal membaca je, rasa mengantuk. Asal mengantuk je, mesti waktu membaca.
  3. Benci meletak matlamat dalam hidup.
  4. Kurang merasa kemanisan membaca.
  5. Kurang mahu memperbaiki hidup.
  6. Ego, berkata membaca tak perlu. Belajar dari pengalaman sudah cukup.
  7. Tidak nampak kepentingan ilmu dalam usaha mencapai kejayaan dalam pelajaran, pekerjaan, perniagaan, kewangan, perhubungan, ibadah dan kekeluargaan.
Tanya diri sendiri, Anda bagaimana? Kurang minat membaca buku? Ketahuilah hakikat bahawa jika Anda nak mencapai kejayaan, nak tak nak Anda kena melatih diri membaca setiap hari. Dengan membaca, Anda akan dapat tahu lebih banyak perkara untuk menjadikan Anda semakin dekat dengan kejayaan diidamkan.
Cara paling bagus adalah dengan meluangkan masa paling kurang 1 jam setiap hari, paling kurang 2-3 bab dalam sehari. Lama-kelamaan minat membaca tu akan timbul dengan sendirinya. Buat masa ni, biasakan diri membaca sebuah buku seminggu.

Selamat Membaca!

Artikel ini dipetik dari laman web motivasi.net

Penggagal Kepada Kejayaan

  • Ketahuilah sesusah-susah Anda, ada orang jauh lebih susah daripada Anda.
  • Sesenang-senang Anda, ada orang yang lebih senang daripada Anda.
  • Maka janganlah mudah meninggi diri, merasa bangga mahupun bersikap riak.
  • Elak merasa diri Anda lebih hebat, lebih baik, lebih bagus dari orang lain.
  • Racun kepada ibadah adalah sikap riak.
  • Penggagal kepada sebuah kejayaan adalah perangai merasa diri lebih hebat.
  • Anda sebagai manusia, pasti akan ada kekurangan dalam apa jua kelebihan.
  • Seseorang manusia pasti memerlukan manusia lain sebagai pelengkap kepada kekurangannya.
  • Tidak ada daripada kita yang sempurna, iaitu sempurna dari segala segi.
  • Ada kekurangan, ada kelebihan.
  • Sikap terbaik adalah bersederhana. Dalam berusaha pada tahap ekstreme untuk mengejar kejayaan, Anda diam-diamkan pencapaian.
  • Orang yang suka menunjuk-nunjuk serta berlebih-lebihan adalah orang yang kurang ilmu.
  • Orang yang suka bersederhana, itulah orang berilmu.
  • Penggagal kepada kejayaan adalah sikap merasa bangga, terlalu bangga dengan pencapaian hebat sehingga Anda lupa bersyukur. Anda lupa menghargai orang sekeliling, lupa menghargai pemberian Tuhan kepada Anda.
  • Bak kata pepatah, apabila sudah berada di atas, lihat-lihatlah ke bawah. Supaya Anda tidak menjadi kacang lupakan kulit.