Wednesday 28 December 2011

TURN ON YOUR MODE



Sesi persekolahan tahun 2012 akan bermula pada 4 Januari 2012. Bagaimana persediaan murid-murid semua? Apakah azam anda? 




Mulakan hari persekolahan anda dengan penuh kegembiraan....



Kerana cuti sekolah telahpun berakhir. Datang ke sekolah dengan semangat, matlamat dan azam baru.....

SK PUTRAJAYA PRESINT 14(1) 
UNGGUL 2012







Thursday 24 November 2011

Wahai Pelajar, Hayatilah Kata-Kata Imam Syafie...

Imam al-Syafie tokoh ilmuan yang terkenal dengan ketekunan dalam menuntut ilmu, penegak sunnah, penegak kebenaran dan imam besar dalam bidang fekah. Beliau banyak meninggalkan kata-kata nasihat yang boleh dijadikan panduan kepada para pelajar. Antaranya ialah :

1. Imam al-Syafie  pernah bersyair:

Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya hafalan
Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat
Dan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya
Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat’

2.Beliau Berkata :

 Barangsiapa ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harus meninggalkan pembicaraan yang tidak bermanfaat, meninggalkan dosa-dosa, menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang dikerjakan antara dia dan Allah. Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka Allah akan membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang lainnya. Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara yang menyibukkan.”

Dua ungkapan di atas merupakan azimat yang berharga yang mesti ambil perhatian oleh penuntut ilmu agar mendapat manfaat  dengan ilmu yang dipelajari.

Antara pengajaran yang boleh diambil daripada nasihat Imam al-Syafie ialah :

1. Menghindari maksiat kerana maksiat merupakan hijab atau penghalang untuk mendapat ilmu. Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat menyimpan ilmu yang bermanfaat.

2. Meninggalkan percakapan atau aktiviti-aktiviti yang sia-sia. Sesungguhnya masa itu amat berharga bagi seorang pelajar.

3. Melakukan amalan-alaman sunat secara tersembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapapun. Ini antara cara untuk  ikhlas dalam beramal soleh.

4. Orang yang mendapat bimbingan Allah sentiasa menghabiskan masanya dengan ilmu dan amalan yang berfaedah untuk dunia atau akhiratnya.

5. Orang yang berilmu juga hendaklah selalu mengingati mati kerana mati itu akan menyibukkan seseorang itu dengan perkara yang bermanfaat untuk kehidupannya selepas mati.

Kesilapan besar pelajar masa kini ialah melibatkan diri dengan perkara sia-sia malah dengan perkara yang diharamkan menyebabkan hati menjadi kotor dan hilang fokus. Ramai pelajar yang akan menghadapi peperiksaan penting masih lagi sempat ‘bercouple’ dan ini adalah satu dosa yang hanya akan mengganggu focus terhadap pelajaran. 

Terdapat juga pelajar yang terlalu obsess dengan artis sama ada artis tempatan atau luar Negara dengan memujanya secara melampau. Ini juga adalah dosa kerana perintah Allah ialah menjaga pandangan daripada  melihat yang haram. Sebenarnya banyak lagi perkara melalaikan yang menjadi penghalang seseorang pelajar mencapai kecemerlangan.

Hati manusia dijadikan dalam keadaan tidak dapat memberi perhatian kepada dua perkara dalam satu masa. Bila seseorang pelajar terlibat dengan perkara lain dengan sendirinya pelajaran akan terabai. Lebih-lebih lagi bila melakukan perkara haram kerana dosa-dosa merupakan penghalang ilmu sebagaimana nasihat Imam al-Syafie.

Oleh yang demikian para pelajar dinasihatkan agar menghindari perkara-perkara yang boleh menghalang memperolehi kecemerlangan dalam akademik. Semoga Allah sentiasa membimbing kita  ke jalan yang diredaiNya.

Artikel/Info ini disalin dari laman web http://pbasmkps.blogspot.com/2010/06/wahai-pelajar-hayatilah-nasihat-imam-al.html

Thursday 17 November 2011


Selamat Bercuti Kepada Semua Warga SKPP 14(1). Manfaatkan MASA anda dengan berfaedah.

Tuesday 15 November 2011

Tips Belajar Sewaktu Cuti Sekolah


Cuti sekolah tiba lagi!!

Cikgu pasti murid-murid merupakan orang pertama yang bersorak riang kerana mereka akan bercuti panjang selama sebulan.

Justeru itu,cikgu ingin kongsikan bersama anda semua beberapa tip belajar semasa cuti sekolah agar anda tidak menghabiskan masa cuti dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah dan bermanfaat.

Tips ini sangat berguna kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting pada tahun hadapan seperti UPSR sebagai persediaan awal sebelum masuknya sesi baru persekolahan.

Terdapat beberapa tip yang boleh anda amalkan semasa cuti sekolah ini. Antaranya ialah :

1. Siapkan Semua Kerja Sekolah Yang Diberikan Oleh Guru
Sebelum murid-murid semua bercuti, guru-guru telah memberi kerja sekolah untuk disiapkan pada waktu cuti ini. Oleh itu, jangan tangguh lagi!!! Jika tidak mampu menyiapkannya sekali gus dalam masa yang singkat, buatlah kerja itu sedikit demi sedikit sepanjang minggu pertama cuti sekolah. Anda semua boleh membuat jadual waktu belajar agar anda semua dapat membahagikan masa dengan baik.

2. Membuat Ulangkaji Secara Berterusan
Murid-murid boleh membuat ulangkaji dalam jangka masa yang singkat, tetapi kerap dan berterusan. Contohnya pada musim cuti ini anda buat latihan Matematik selama 30 minit dan ulangkaji atau buat latihan Sains selama satu jam setiap pagi.

3. Menyemak Nota
Jangan lupa untuk menyemak nota-nota anda setiap hari. Jika terdapat nota yang tidak lengkap, anda harus kemaskini dengan segera. Anda juga boleh merujuk kepada nota-nota kawan yang telah lengkap atau merujuk kepada buku rujukan. Apabila nota anda sudah lengkap, ini memudahkan anda untuk mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan pada tahun hadapan.

4. Menjawab Soalan Berformat UPSR
Gunakan kesempatan pada musim cuti ini dengan membiasakan diri anda dengan menjawab soalan-soalan yang berformat UPSR. Banyakkan menjawab set soalan berformat peperiksaan tersebut. Antara set soalan yang boleh anda jawab ialah koleksi soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.

5. Membaca Bahan Bacaan Tambahan
Anda boleh menggunakan masa terluang semasa cuti sekolah ini dengan membaca bahan-bahan bacaan tambahan yang berbentuk ilmiah. Antaranya ialah majalah, surat khabar, buku-buku berbentuk motivasi dan sebagainya.
Cikgu berharap agar semua murid menggunakan masa cuti sekolah ini sebaik mungkin. Jangan membazirkan masa anda dengan melepak, berkunjung ke cyber cafe dan sebagainya. Gunakan masa itu untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada diri anda. Semoga anda berjaya pada masa akan datang.

Sunday 13 November 2011

5 Tips Bagaimana Untuk rasa Gembira Sekarang Ini

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Pasti ramai yang tidak sabar menantikan cuti sekolah yang akan tiba pada hujung minggu ini. Cuti sekolah merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh semua murid. Cikgu tertarik dengan artikel ini yang dipetik daripada www.imotivasi.net.my yang berkaitan dengan Rasa Gembira. Cikgu pasti sekarang ini merupakan waktu yang menggembirakan bagi semua murid kerana telah mendapat keputusan peperiksaan akhir tahun & akan bercuti tidak lama lagi. Selamat membaca!

Rasa gembira (happiness) adalah satu ‘feeling’.

Rasa gembira adalah satu perasaan. Perasaan ini boleh dihadirkan, dipadamkan atau ditukarkan dengan perasaan lain, mungkin juga perasaan yang berlawanan dengannya. Seperti yang Anda tahu, lawan pada rasa gembira adalah duka, kecewa. Lawan paling mudah simply adalah rasa tidak gembira (unhappy).
Berikut adalah 5 tips bagaimana untuk merasa gembira (merasai kegembiraan di jiwa)

Tips 1: Cari seseorang, bantu dia ringankan bebannya.
Bantu seseorang di mana masalahnya lebih teruk dari Anda. Secara tidak semena-mena, Anda akan merasa bersyukur masalah Anda tidak seteruk masalah orang yang Anda bantu. Dari situ, muncul kegembiraan. Anda merasa makin bersemangat membantu orang itu, sebab Anda mahu melihat dia gembira kerana bila dia gembira, Anda pun akan rasa gembira sama.

Tips 2: Bantu saja, sekadar menolong tanpa mengharap apa-apa.
Dalam era sekarang ni, jika Anda membantu sesiapa saja tanpa mengharap apa-apa, pasti orang tu tertanya-tanya. Pasti dia merasa mesti ada niat lain disebalik pertolongan Anda itu. Untuk merasa gembira, tolong seseorang dengan melakukan apa yang patut. Tolong saja dia! Buat apa yang perlu, lakukan apa yang patut. Elak untuk kata pertolongan Anda tu ikhlas, katakan Anda cuma mahu menolong. Perkataan ‘ikhlas’ perlu Anda ubah, sebab perkataan ini selalh di salah erti.

Tips 3: Mengingati orang-orang kesayangan Anda.
Ingati orang-orang kesayangan Anda, gambarkan diri mereka sepanjang masa seolah-olah mereka ada dekat di sisi Anda sekarang ni. Imaginasikan saat ketika Anda bersama mereka satu ketika dulu atau di masa lalu. Membayangakan situasi gembira sebegitu pasti membuat Anda merasa gembira tiba-tiba. Kenapa ini terjadi? Minda Anda memberi respon pada imaginasi Anda, pastu imaginasi mempengaruhi mood Anda. Mood adalah emosi. Emosi datang dari minda. Anda boleh mempengaruhi simply dengan menggunakan imaginasi digabung dengan emosi tenang (calm).

Tips 4: Hobi.
Bina satu hobi. Hobi adalah perkara yang Anda suka lakukan tanpa disuruh-suruh. Pasti Anda ada hobi. Saat Anda tertekan, merasa geram, susah hati atau gundah-gulana, luangkan masa melakukan hobi Anda. Jika hobi Anda membaca, cari sebuah buku dan baca. Anda akan rasa gembira selepas tu! Hobi mengalihkan fokus fikiran Anda dari fikiran bercelaru kepada fikiran yang tenang saat Anda enjoy melakukan hobi Anda. Kenapa ramai orang suka memancing? Sebab ketika memancing, mereka merasa tenang. Bila ikan menjerat umpan, rasa seronok sangat. Lantas, rasa gembira itu muncul.

Tips 5: Hampirkan diri pada Tuhan,sehampir mungkin.
Walau apapun agama Anda, saya dan Anda makhluk bertuhan. Pembaca iMotivasi bukan saja beragama Islam, bahkan ada beragama Buddha,Kristian dan Hindu sebab kita ini warga Malaysia. Rasa gembira ada di dalam ketenangan. Ketenangan hanya wujud apabila kita menghampirkan diri pada alam semesta dan juga pada Tuhan. Dekatkan diri pada Tuhan, dari situ Anda akan merasai ketenangan. Apabila sudah tenang, Anda akan merasa gembira dan bersyukur. Syaratnya, elak berkata negatif, berfikir negatif dan jangan sesakkan fikiran dengan rasa kemarahan.

Tuesday 8 November 2011

Fakta Senyuman Dari Segi Kesihatan

  • Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
  • Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
  • Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  • Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  • Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
  • “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
  • Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  • Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
  • Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
  • Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
  • Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  • Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
  • Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
  • Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).