Tuesday 11 October 2011

Peperiksaan : Cemerlang Atau Gagal....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Peperiksaan akhir tahun sudah semakin hampir, adakah murid-murid sudah bersedia? Jika anda katakan anda dah bersedia mungkin anda dah betul-betul bersedia atau sebenarnya anda belum cukup mengetahui apakah yang anda sediakan itu?

Bagaimana untuk cemerlang dalam pelajaran? Soalan yang biasa ditanya apabila peperiksaan semakin hampir. Mungkin sedikit tips mengulangkaji pelajaran yang disediakan dibawah dapat membantu:

1. Jangan ponteng kelas ketika hampir peperiksaan, hal ini kerana guru merupakan individu yang berpengalaman dan berilmu pengetahuan dalam bidangnya. Jadi, sekiranya hampir peperiksaan kebiasaannya guru akan menggunakan segala teknik yang ada untuk membiasakan latihan berfokus dan memberitahu soalan yang akan dijangka akan keluar.

2. Cuba semak dan membuat latihan soalan tahun lalu, soalan peperiksaan kebiasaanya berkisarkan soalan tahun lepas. Kebiasaanya ia akan mengalami sedikit perubahan dan kadangkala ia diputarkan sahaja. Selain itu, soalan lepas juga mendidik kita meneroka apa lagi yang perlu kita ulangkaji dan patut kita tahu.

3. Tumpu dan kenalpasti topik utama, kalau rasa risau, jangan ditenung kulit buku sampai berjam-jam. Buka buku tu dan kenalpasti topic utama yang perlu dipelajari. Kadangkala buku kita itu mempunyai topik yang tak penting yang digunakan untuk menerangkan dan mengukuhkan kefahaman topik penting. Jadi, cuba bertanya guru topik yang penting yang perlu dipelajari dan dikukuhkan.

4. Buat jadual ulangkaji, opsss, sepatutnya inilah yang pertama, membuat jadual ulangkaji adalah paling pertama sebelum membuat ulangkaji yang bersistematik. Hal ini kerana masa amatlah penting, sekiranya jadual tidak dibuat maka disiplin kesemua matapelajaran akan terganggu malahan membuatkan anda kerugian.

5. Rujuk cikgu jika mengalami masalah, Hampir dengan peperiksaan biasa akan mengalami masalah sendiri tak kira masalah peribadi ataupun masalah pelajaran. Pastikan anda merujuk guru yang sesuai supaya maklumat yang anda dapat itu berkesan untuk diri anda. Jika hendak berjumpa dengan guru baik jika diwaktu pagi serta ketika guru tersebut Nampak tidak sibuk. Jika tidak mungkin jawapan yang diberikan agak kurang memuaskan dan singkat

No comments:

Post a Comment