Sunday 25 September 2011

Hubungan Makanan Dan Keupayaan Otak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Artikel/Info ini disalin dari laman web http://aspirasidiri.blogspot.com. Cikgu pasti artikel ini dapat membantu kita dalam kehidupan seharian terutamanya bagi seorang pelajar.
Pemakanan
Makanan dan minuman adalah faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan otak. Diantara petua menjaga minda dalam makan minum ialah :
  1. Sering makan makanan atau buah-buahan yang masam, yang tinggi kandungan asidnya seperti epal hijau (tuffah) secara berlebihan boleh menyebabkan lupa menurut Imam az-Zuhri.
  2. Memakan bawang besar, terutama yang mentah secara berlebihan juga boleh menyebabkan lupa.
  3. Ketagihan  candu, dadah, rokok tembakau akan merosakkan otak.
  4. Makan terlalu kenyang menyebabkan malas dan menggelapkan akal (malas berfikir)
  5. Sering makan organ dalaman binatang seperti hati, perut, jantung, limpa dan lain-lain secara berlebihhan akan menyebabkan otak mudah lupa.
  6. Memakan sisa haiwan perosak sepertio lalat, semut, lipas dan tikus juga boleh menyebabkan lupa menurut Imam az-Zuhri.
  7. Kerap memakan makan yang dijual di pasar yang sibuk dan kotor juga boleh mempengaruhi perkembangan otak
  8. Rasulullah saw tidak menggalakkan makan dan minum di luar dan menggalakkan Umat Islam memasak makanan sendiri,  ini manjamin kehalalannya dan kesuciannya. sabda Nabi yang bermaksud : Kebiasaan (amalan) makan dan minum di pasar adalah suatu yang merendahkan martabat.
  9. Banyak memakan makanan ringan yang tinggi kandungan bahan perasa (MSG) Monosodium Gultamate dan bahan pengawit kerana tidak baik untuk otak.
  10. Minum bergas tidak baik untuk kesihatan
  11. Sering makan kepala ikan boleh menyebabkan lupa kerana kepala ikan terutama bahagian otak dan pipinya (insang) mengandungi kadar asid yang tinggi.
  12. Memakan makanan sisa orang lain dan sisa binatang tidak baik untuk otak.
  13. Memakan makanan basi atau hampir basi tidak baik untuk kesihatan. 
  14. Memakan makanan yang haram akan membutakan hati dari kebenaran

Tuesday 20 September 2011

Apakah Manusia


Diberi Amanat -------> Ia Khianat
Diberi Rahsia -------> Ia Bocorkan
Berjanji -------> Ia Mungkir
Diberi Kuasa -------> Di salahguna
Diberi Pangkat -------> Ia Menindas
Bermesyuarat -------> Mengumpat
Bila Bercakap -------> Berbohong
Bila Menulis -------> Berdusta
Bila Berhutang -------> Lari Tak Bayar
Di beri Harta -------> Digelapkan
Terima Gaji -------> Tak Bersyukur
Bila Kaya -------> Sombong
Diberi Peluang -------> Ia Lepaskan
Bila Bergurau -------> Mencarut

Sunday 18 September 2011

"Jangan......."

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
  
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu  berkat).


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan
keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan

Jangan
biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan
ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah..

Jangan
mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.  Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan
bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan
banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya

Saturday 17 September 2011

Tuesday 13 September 2011

...Anda Adalah Apa Yang Anda Makan...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Allah memberi petunjuk makanan yang terbaik untuk tubuh kita. Oleh itu, cikgu ingin berkongsi artikel ini agar kita sama-sama mendapat pengetahuan dan manafaat daripadanya...

Agaknya sudah beribu kali anda mendengar atau membaca ungkapan ini, "Anda adalah apa yang anda makan". Oleh itu memilihlah bila makan. Kearifan orang dahulu tentang permakanan kini disahkan oleh kajian sains. Setiap makanan berkhasiat mempunyai corak menyerupai organ tubuh atau fungsi fisiologikal yang menggambarkan faedah makanan tersebut kepada seseorang yang memakannya.

Berikut beberapa contoh apa yang dimaksudkan:

karot
Karot yang dihiris kelihatan seperti mata manusia. Pupil, iris dan garisan jejari seakan-akan mata manusia. YA, sains telah membuktikan karot membantu pengaliran darah ke dan dari mata serta fungsinya.


tomato
Tomato mempunyai empat ruang dan berwarna merah. Jantung kita berwarna dan mempunyai 4 ruang. Kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan tomato adalah makanan untuk jantung dan darah.



anggur
Anggur tergantung dalam kelompok yang mempunyai bentuk seperti jantung. Setiap biji anggur kelihatan seperti sel darah. Kajian-kajian yang dijalankan dewasa ini menunjukkan anggur adalah makanan yang memberi tenaga kepada jantung dan darah.



kacang walnutKacang walnut kelihatan seperti otak, ada hemisfera kanan dan kiri, sereberum atas dan sereberum bawah, neo-kortek pun ada juga. Kini kita telah tahu bahawa kacang walnut membantu mengeluarkan 3 dozen neurotransmiter untuk fungsi otak.

kacang bunus
Kacang bunus membantu menyembuh dan memelihara fungi buah pinggang. Ya kacang bunus nampak betul-betul seperti buah pinggang manusia.


sayur saderiSayur saderi, bok choy, rubarb dan banyak lagi kelihatan seperti tulang. Sayur-sayuran ini adalah untuk kekuatan tulang. Tulang mengandungi 23% sodium, begitu juga dengan sayur-sayuran ini, 23% sodium. Sekiranya permakanan anda tidak mempunyai cukup sodium, tubuh anda akan          mengambilnya dari tulang dan membuatnya menjadi tidak kuat.

avokadoBuah terung, avokado, pear baik untuk kesihatan serta fungsi rahim dan serviks wanita. Bentuk buah-buahan tadi kelihatan seperti organ tersebut. Kajian terkini menunjukkan apabila seseorang wanita memakan sebiji avokado setiap minggu, hormonnya seimbang, membuang berat kelahiran yang tidak diperlukan dan menghindari kanser serviks. Adakah fakta ini berkebetulan? Pokok avokado mengeluarkan buah masak dalam tempoh sembilan bulan selepas ia berbunga.

buaharaBuah ara mempunyai biji yang banyak dan bergantungan di pokok dua setangkai. Buah ara dapat meningkatkan motiliti sperma lelaki serta meningkatkan jumlahnya dan juga mengatasi masalah kemandulan lelaki. Agaknya ia menyerupai apa?

keledekKeledek menyerupai seperti pankreas dan ia sebenarnya dapat mengimbangkan indek glisemik pesakit kencing manis.




buah zaitunBuah zaitun pula baik untuk kesihatan dan dapat membantu fungsi ovari.




buah orenLimau grapefruit, oren dan buah-buahan sitrus kelihatan seperti kelenjar mamari wanita. Sebenarnya buah-buahan tersebut dapat membantu kesihatan payudara dan pergerakan keluar masuk limfa dari payudara.

bawang besarBawang besar kelihatan seperti sel tubuh. Kajian masa kini menunjukkan bawang besar dapat membantu membersihkan bahan sisa dari sel-sel tubuh. Ia juga boleh menyebabkan air mata yang membasuh lapisan epitelial mata.


Dipetik dari Surat Berita MAKNA neoplasia dan Blog Info Kesihatan

Sunday 11 September 2011

Tips Sehari Sebelum Peperiksaan


1. Pastikan semua peralatan peperiksaan seperti pen, pensil, pembaris serta kad pengenalan dan slip peperiksaan disediakan

2. Slps solat maghrib, lakukan solat hajat 2 rakaat dan teruskan dgn bacaan yassin mohon agar Allah berikan ketenangan dan kemampuan menjawab soalan dgn sempurna.

3. Pastikan tidur yg mencukupi..ia penting bagi badan dan otak cergas utk hadapi peperiksaan.

4. Pastikan diri tidak tertekan dgn membuat ulangkaji disaat akhir…pelajar cemerlang sentiasa bersedia awal menghadapi peperiksaan.

5. Sebaik-baiknya pada pagi sebelum ke sek..solat Subuh berjemaah dgn keluarga dan mohon restu dari kedua ibu dan ayah..

6. Langkah keluar rumah dgn kaki kanan sambil membaca doa tertentu utk selamat sampai ke sek. dan diberi kekuatan menjawab soalan dgn cemerlang…

Keindahan Matematik

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111



9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321


Sekarang tengok ini:

101% Dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita
BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:
KERJA KERAS
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:
KNOWLEDGE

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta

SIKAP
19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

Saturday 10 September 2011

MOTIVASI ABC

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Sebut sahaja ABC, mungkin ramai diantara kita terfikir ‘ABC-Air Batu Campur’. Memang enak makanan ini dan memang mudah menyebut huruf ABC itu. Tetapi realitinya ada motivasi di sebalik huruf ABC….

A - ‘AKU’ ingin berada di puncak ‘A’
B  - Beriadah badan cergas
C - Cerdas minda, Ceria wajah
D - Didik hati, Dendam jangan sesekali
E - Ego ketepikan
F - Fokus belajar, Fikir positif
G - Gigih tanpa jemu, Gagal bukan buruan
H - Hormati semua orang : kecil-besar, tua-muda
I  - Ilmu mendapat berkat, Impian bukan Ilusi
J  - Jujur jadi pegangan, Jiwa tenang
K - Kreatif, lonjakan pemikiran kritis
L  - Luangkan waktu bersolat
M - Mohon keampunan, Muhasabah diri
N - Nama keluarga jangan di cemari
O - Onak dan duri bukan halangan KEJAYAAN
P - Pintar beradab, bukan Pintar biadap
Q - ‘Q’- dalam segala kehidupan
R - Restu ibubapa dan guru pohonlah sentiasa
S - Salam, Senyum, Setiakawan, Sayangi Diri
T - Tawakal, Tabah & Tekun
U - Usah mengalah jika kecundang
V - Warnai kehidupan dengan keceriaan
X - X’ – tutuplah kegagalan dengan USAHA
Y - Yakin..Yakin..Yakin…
Z - Zon ‘ZZZ’…rehatkan minda, esok pasti ‘A’ diburu lagi dan ingin dimiliki

Semoga kejayaan & kecemerlangan menjadi milik ANDA!

Wednesday 7 September 2011

Tips Persiapan Diri Sebelum Peperiksaan - Kesihatan Diri

a. Cuaca

i. Pastikan anda tidak terdedah dengan perubahan cuaca seperti hujan dan panas untuk mengelakkan daripada dihinggapi pelbagai jenis penyakit

b. Waktu Rehat

i. Walaupun anda perlu menggunakan setiap ruang masa untuk belajar tetapi anda juga perlu berehat yang secukupnya mengikut waktu yang tertentu

ii. Anda perlu tidur dalam jangka masa 6 hingga 7 jam. Ini penting untuk mengelakkan daripada keletihan dan mengantuk.

c. Makanan.

i. Pastikan anda mendapat makanan seimbang seperti minum susu, sayur-sayuran dan buah-buahan.

ii. Elakkan daripada makan makanan ringan seperti jeruk, minuman bergas dan sebarang makan yang memberi kesan ketidakselesaan pada perut.

iii. Elakkan daripada makan makanan yang terlalu berat seperti nasi lemak atau pulut yang boleh mendatangkan rasa keletihan kerana terlalu kekenyangan.

d. Emosi.

i. Pastikan anda berada di dalam keadaan tenang dan ceria.

ii. Keadaan yang tenang boleh membantu anda berfikir dengan lebih baik. Ingat! Kebanyakan soalan memerlukan anda berfikir sebelum menjawab.

iii. Keadaan yang cemas menyebabkan anda tidak mampu berfikir panjang, mengakibatkan anda tidak mampu menjawab soalan, rasa kurang yakin serta mudah putus asa.

iv. Jangan berkelakuan tidak sopan atau melakukan apa-apa tindakan yang boleh menimbulkan rasa marah oleh guru, rakan dan ibubapa. Kedaan dan suasana begini boleh mencetuskan ketegangan dan berakhir dengan tekanan emosi.

v. Banyak bersabar serta berdoa kepada Allah agar segala usaha yang dilakukan selama ini dapat diberkatiNya.

Monday 5 September 2011

Tips Menjelang Peperiksaan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Artikel ini khas buat anak-anak muridku yg akan menduduki peperiksaan UPSR. Moga Allah berikan kejayaan utk kalian semua yang sedang berjuang dalam menuntut ilmu... moga kejayaan milik kamu bersama...Ameen..Insyaallah

Persediaan Qalbi

Kesihatan rohani sangat penting utk menghasilkan otak yang cergas dan tajam. "Al-ilmu kannur - ilmu itu ibarat cahaya" ...cahaya hanya masuk ke dalam hati yang bersih.Kesimpulannya :

1. Jauhilah perkara-perkara maksiat dan mazmumah..contoh derhaka (tak mendengar kata) pada ibu bapa, ber'gossip', mengejek gelaran yang tidak baik, 'dating' dan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dan Rasul..
2. Minta maaf pada semua orang, jumpa guru- minta halalkan ilmu dan maafkan orang lain..
3. Bagi yg susah nak mengingat apa yg telah dipelajari..cuba hafaz beberapa ayat atau surah dari Al-Quran..bila dah mula menghafaz ayat-ayat suci al-Quran ni, secara tak langsung memudahkan kita mengingati fakta-fakta dalam pelajaran.
4. Qiamullail - bangun pada tengah malam...menguatkan keyakinan dan kemantapan jiwa. Amalkan solat2 sunat seperti tahajud, taubat, hajat, istikharah dan witir (sekurang-kurangnya)


Persediaan 'Aqli

1.  Mind setting - anggap peperiksaan sesuatu yang positif..

2. Berlatih menjawab soalan seperti dalam peperiksaan sebenar. Kadang-kadang soalannya berulang-ulang dan bagi mata pelajaran matematik, perlu kepada banyak latihan untuk memantapkan kemahiran yang ada

3. Kenal pasti kawan di sekitar anda di dewan peperiksaan. Perkara-perkara sebegini penting walaupun nampak agak remeh. Terutama calon peperiksaan yang ramai di dalam dewan ditambah dengan perasaan gemuruh menyebabkan calon tak jumpa tempat duduk sendiri.

Persediaan Jasadi

1. Kesihatan
"Al-'aqlus salim fi jismis salim - akal yang cerdas dari badan yang cergas". Antara cara untuk menjaga kesihatan ialah :

a) Tidur yang cukup - Pendekatan Imam Ghazali ialah 1/3 untuk belajar, 1/3 untuk rehat dan 1/3 untuk bermunajat kepada Pencipta

b) Jaga pemakanan - Firman Allah : Makanlah daripada makanan yang baik yang telah Kami berikan. (surah al-Baqarah 2:57)."Baik" di sini bermaksud sumber yang halal dan berkualiti.

c) Riadah - Riadah penting bagi melancarkan peredaran darah ke seluruh anggota badan. Ingat!Otak kita memerlukan oksigen dan glukosa untuk berfungsi dengan cemerlang.

2. Keselamatan

Jauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan dan kecelakaan pada diri.